Kunjung

free counter

Friday, 27 April 2012

Kursus Asas RELA Siri 2 2012




Zon Utara -
Ranau, Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran.

Peserta Seramai 197 Orang.


 Kursus Asas RELA Siri 2 2012 (1RELA & 1Malaysia)





Kursus Asas RELA Siri 1 2012



Zon Pantai Barat -
Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran, Tongod.

Peserta Seramai 241 Orang


Sunday, 15 April 2012

Gema RELA 2012

BERGEMA LAUNGAN SETIA BERBAKTI
BERIKRAR DEMI PERTIWI
ITULAH SEMANGAT KAMI
SUKARELAWAN SEJATI
SETIAP MASA KAMI SEDIA
BERBAKTI UNTUK NEGARA
BERKHIDMAT SEIKLAS HATI
MENJADI IKRAR ABADI

PASTIKAN KESELAMATAN
BERKORBAN DEMI KEAMANAN
SEJAHTERAKAN NEGARA
KEHARMONIAN MALAYSIA

BANGKITLAH SEMUA WARGA RELA
PERTAHAN WARISAN NEGARA
BERSAMA KITA BERBAKTI
RELAWAN DAN RELAWATI

Saturday, 14 April 2012

Pengenalan RELA

RELA
(IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA)


Pengenalan

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan    Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964,  Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan  Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat)   (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005.  Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). 

Sejarah Penubuhan
  • ‘Home Guard’ atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
  • Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.  Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
  • Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan.
  • Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA. Dengan ini peruntukan yang dinamakan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 telah diwujudkan.  Petikan ucapan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990.
  • "...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago.  It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country.  RELA also signifies the goverment’s commitment to harness the people’s support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".
  • Pada 20 Mac 1999, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan  lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara,  pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

Visi 
Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul.

Misi  
menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada pertahanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Objektif   
membantu mengekalkan keselamatan, kestabilan dan keamanan negara serta kesejahteraan secara berkesan.

Peranan dan Fungsi RELA
  • Melaksanakan operasi menangkap PATI
  • Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah)
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'
  • Bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' Kerajaan
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
  • Membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT
Piagam Pelanggan



  • Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (J) Memproses lanjutan kontrak Pengarah RELA Negeri, Pegawia RELA Daerah dan Penolong Pegawai RELA Daerah untuk perakuan Ketua Pengarah dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima dan dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia KHEDN untuk mendapat kelulusan JPA/SPA.
  • Memproses permohonan pembaharuan kad pendaftaran keahlian yang hilang dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima. Memproses permohonan Ahli Bersekutu yang diterima daripada Pejabat RELA Negeri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Memaklumkan dan memanjangkan aduan-aduan mengenai Pati yang diterima daripada orang awam melalui Bilik gerakan Ibu Pejabat RELA Malaysia kepada Pejabat-pejabat RELA yang berkaitan untuk diambil tindakan pada hari yang sama aduan diterima.
  • Memproses permohonan senjatapi RELA dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan program kursus tahunan pada atau sebelum Disember tahun sebelumnya.
  • Menyediakan program kursus pengenalan dua (2) kali setahun bagi setiap daerah.
  • Membuat bayaran bil-bil yang lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil.
  • Memaklumkan keputusan penyambungan tempoh perkhidmatan kontrak atau penamatan kontrak perkhidmatan pegawai-pegawai RELA tidak kurang daripada tiga (3) bulan dari tarikh tamat kontrak.

Latihan  

Anggota RELA akan diberikan kursus pengenalan RELA di peringkat tempatan manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Brang, Kuala Terengganu dan di PLRW Sabah, Tuaran, Sabah.

Jangkamasa latihan adalah dari 5 hingga 10 hari dan bergantung kepada jenis kursus. Latihan ini membolehkan seseorang anggota itu dapat memberikan sumbangan yang efektif dalam mencapai objektif pasukan.  Selain itu, kursus-kursus geraksaraf dipertingkatkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memelihara dan mengekalkan keamanan.
Kursus-kursus yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut :
  • Kursus pengenalan
  • Kawat Hujung Minggu ( Platun Keselamatan Daerah ) 
  • Kursus Asas RELA
  • Skuad Muda RELA
  • Kursus Strategik Dan Keselamatan 
  • Kepimpinan Dan Pengurusan RELA
  • Pemantapan Berkawat
  • Platun Bantuan Khas RELA
  • Pengurusan Dan Pengendalian Senjatapi
  • Pancaragam RELA Malaysia
  • Training Of Trainers                                   
  • Kursus pengurusan ( Untuk Pegawai RELA )
  • Kursus pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)
  • Kursus pengurusan maklumat
  • Kursus Keluarga Cemerlang
  • Kursus-kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi seperti BTN , Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Polis, JPA3, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi.
   
Syarat Anggotai RELA

Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 16 tahun dan ke atas.
  • Sihat tubuh badan.
          kecuali
  • Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
  • Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
  • Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
  • Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
  • Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
  • Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
  • Anggota-anggota Pasukan Polis.
  • Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Soalan Lazim: Ikatan Relawan Rakyat


Keanggotaan
1
Saya ingin menjadi anggota RELA. Apakah syarat-syaratnya?

Jawapan :


Semua warga negara Malaysia yang berumur 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA. Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.
2
Di manakah boleh saya dapatkan borang permohonan ?

Jawapan :


Borang permohonan boleh di dapati dari semua Pejabat RELA Negeri , Daerah atau melalui laman web ini. Semua permohonan mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat RELA yang berhampiran berserta dua keping gambar berukuran passpot dan satu salinan kad pengenalan. Semua permohonan yang layak akan diberikan sekeping kad keanggotaan RELA. Borang boleh didapati dari web KHEDN.
3
Apakah dikenakan sebarang bayaran untuk menjadi anggota RELA?

Jawapan :


Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menjadi seorang anggota RELA.
4
Apakah saya diberikan elaun sekiranya saya menjadi anggota RELA ?

Jawapan :


RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah yang menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ini. RELA tidak memberikan sebarang imbuhan atau ganjaran atau elaun kepada mana-mana anggota RELA sebagaimana yang diamalkan oleh pasukan-pasukan sukarela yang lain. Seseorang itu hanya akan diberi bayaran elaun sebagai ganti hilang mata pencarian sekiranya menghadiri kursus-kursus yang diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah.Selain itu, anggota RELA yang mengikuti operasi atau tugas-tugas berbentuk operasi akan dibayar elaun berdasarkan pangkat dalam pasukan RELA. Elaun ini akan dibayar selama lapan jam maksima bagi satu-satu penugasan.
5
Adakah saya akan diberikan pakaian seragam ?

Jawapan :


Pakaian seragam hanya akan dihadiahkan kepada mana-mana anggota RELA yang aktif dalam Operasi Tegas.Buat masa ini, kerajaan telah bersetuju memberi pakaian seragam lengkap kepada 100,000 anggota RELA yang benar-benar aktif bagi membantu menjalankan aktiviti RELA. Pemberian ini sebagai insentif untuk menghargai sumbangan anggota-anggota RELA
6
Saya dengar dengan menjadi anggota RELA , kita akan diberikan senapang patah ?

Jawapan :


Memang ada. Namun begitu ia bukan dianugerahkan kepada semua anggota. Permohonan seseorang anggota RELA itu hanya akan dipertimbang dan disokong untuk mendapat senapang patah itu sekiranya mereka aktif tidak kurang lima tahun berturut-turut atau tiga tahun bagi bekas pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, telah menjalani kursus Asas RELA , sihat tubuh badan dan mental serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Namun begitu, pihak Polis mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan sesuatu permohonan itu.
7
Adakah saya berpeluang dinaikkan pangkat dalam pasukan RELA ?

Jawapan :


Semua anggota RELA layak untuk dinaikkan pangkat. Pertimbangan untuk kenaikan pangkat ini dinilai dari komitmen, kerjasama , sumbangan , keaktifan serta prestasi seseorang anggota itu. Tahap tertinggi yang boleh disandang oleh seseorang anggota RELA itu adalah sebagai Ketua Perhubungan RELA Mukim ( KPRM ).Selain itu, mereka mesti menghadiri kursus-kursus bagi sesuatu jawatan itu sebelum dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat.
8
Saya seorang wanita. Sesuai kah saya menjadi anggota RELA ?

Jawapan :


RELA telah memperkenalkan Platun Khidmat Relawati ( PKR) yang dianggotai sepenuhnya anggota-anggota RELAWATI. Platun ini memberi peluang kepada anggota-anggota ini memberi sumbangan yang seimbangan dengan sumbangan anggota Relawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebudayaan , keagamaan ,ekonomi dan pembangunan insan. Walau bagaimanapun, RELA tidak menghalang jika seseorang anggota Relawati itu mahu menjalankan tugas-tugas yang berat dan kasar seperti tugas operasi ,rondaan atau berkawat.
9
Apakah keistimewaan jika menjadi seorang anggota RELA ?

Jawapan :


Sebagai seorang warganegara Malaysia yang taat dan cintakan negara, kita mempunyai tanggungjawab untuk negara kita. Rasa kecintaan dan taat setia bukan terletak kepada ucapan atau di hati tetapi ia lahir dari tindakan dan perbuatan kita. Melalui RELA , kita berpeluang untuk mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kita kepada negara , masyarakat dan agama secara sukarela. Semangat sukarela yang di miliki oleh anggota-anggota RELA adalah semangat sukarela yang tulen kerana ia lahir dari hati yang suci dan ikhlas. Inilah sebenarnya keistimewaan yang kita perlu banggakan dengan menjadi seorang anggota RELA. Jangan ditanya apakah sumbangan Negara untuk kita tetapi kita harus bertanya apakah sumbangan kita untuk Negara.
Latihan
1
Adakah saya perlu menjalani latihan atau kursus ?

Jawapan :


Semua anggota RELA yang baru, berpeluang mengikuti kursus Pengenalan selama dua hari. Pada kebiasaannya, kursus-kursus ini akan diadakan di kawasan setempat / in-situ. Kursus ini akan mendedahkan seseorang anggota RELA itu tentang tugas dan tanggungjawab RELA.Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA Wilayah.
2
Bolehkah saya mendapat cuti sekiranya saya ingin mengikuti latihan atau tugasan yang dianjurkan oleh RELA ?

Jawapan :


Mengikut peruntukan yang diberikan dalam Perintah Am Kerajaan ( Bab C ), seseorang penjawat awam itu akan dipertimbangkan untuk mendapat cuti tanpa rekod bagi tujuan menghadiri sesuatu latihan , kursus, kem tahunan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela yang diluluskan oleh kerajaan. Peruntukan ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di sektor swasta. Walau bagaimanapun, seseorang kakitangan swasta perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan majikan mereka untuk tujuan ini dengan surat sokongan dari Pegawai RELA Daerah atau Negeri.
3
Apakah kursus-kursus yang disediakan dalam pasukan RELA ?

Jawapan :


RELA menyediakan lebih 20 jenis kurus untuk semua anggota RELA. Semua kursus ini diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah. Propektus latihan diedarkan di semua Pejabat RELA Daerah. Sila rujuk di Pejabat-Pejabat RELA yang berhampiran untuk mendapatkan jenis dan tarikh kursus yang diminati. Semua kursus ini adalah percuma untuk anggota RELA.
4
Di manakah kursus tersebut diadakan ?

Jawapan :


Semua latihan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di Bukit Selambau, Sungai Petani, di Kuala Berang, Hulu Terengganu , di Sungai Udang, Melaka dan di Pusat Latihan RELA Wilayah Sabah di Tuaran, Kota Kinabalu.Bagi Sarawak, latihan akan diadakan di tempat-tempat yang ditentukan oleh Bahagian Latihan negeri berkenaan kerana pusat latihan bagi negeri ini masih dalam peringkat pembinaan.
Operasi
1
Apakah jaminan jika berlaku kemalangan ke atas seseorang anggota RELA ?

Jawapan :


Seseorang anggota RELA itu disarankan agar mencarum dalam Insuran Berkelompok yang diperkenalkan oleh RELA dengan kadar caruman sebanyak RM 20.00 setahun bagi setiap individu. Insuran ini memastikan seseorang anggota RELA itu mendapat perlindungan setiap masa. Selain itu, seseorang anggota RELA itu layak mendapat layanan kelas kedua di mana-,mana hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk membayar pampasan di bawah Tabung Amanah Perwira Negara jika seseorang anggota RELA terkorban ketika menjalankan tugas untuk negara.
2
Apakah kebajikan yang disediakan bagi seseorang anggota RELA.

Jawapan :


Kebajikan setiap anggota RELA akan diberikan keutamaan.Setiap anggota RELA akan mendapatkan kelayakan mendapat rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas. Mereka juga berpeluang mencarum dalam insurans berkelompok yang disyorkan oleh RELA. Selain itu, mereka akan mendapat sedikit imbuhan dari Tabung Aamal Jariah RELA berdasarkan jenis musibah yang dialami.Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insurans percuma kepada 100,000 anggota RELA yang aktif diseluruh negara sebagai insentif kepada sumbangan mereka.Bagi anggota RELA yang terkorban ketika bertugas, pertimbangan boleh dilakukan untuk membolehkan mereka mendapat pampasan dari Tabung Amanah Perwira Negara.
(Sumber : www.rela.gov.my. Soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8000 / 3000 / 8524 atau e-mel kepada kami di pro@moha.gov.my )

Alamat PLRNS dan PLRW yang Lain



PUSAT LATIHAN RELA SABAH
Jalan Sulaman Gayang
Peti Surat 869
89208 Tuaran, Sabah
Tel: 088-473151
Faks: 088-473143
Emel:
rela_plrwsabah@moha.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH SELATAN
KM21 Sungai Udang
76300 Melaka
Tel: 06-3519131
Faks: 06-3519134
Emel:
rela_plrwselatan@moha.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH TIMUR
Kem Asas Por Tersat
21700 Hulu Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6882520
Faks: 09-6252520
Emel:
rela_plrwtimur@moha.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH UTARA
Bukit Selambau
08010 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-4191307
Faks: 04-4193250
Emel:
rela_plrwutara@moha.gov.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it